May 10, 2009

happy mother's day

10 may..hari ibu...to my love love love umie, happy mother's day...no words can descibe how much u meant to me.. sempena hari ibu..ne ade beberape potong hadith untuk kite renungi bersama...

  1. doa wanita lebih termakbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. ketika di tanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut, maka jawab Baginda rasulullah s.a.w.......,"ibu lebih penyayang dari bapa, dan doa orang yang penyayang tidak akan sia- sia..."
  2. apabila seseorang perempuan mengandungkan janin di dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan....
  3. apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.......
  4. apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa- dosa seperti keadaan ibunya ketika melahirkannya...
  5. apabila telah lahir anak itu, lalu disusukannya, maka bagi ibu itu bagi setiap tegukan susunya, diberikan satu kebajikan...
  6. apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t....
  7. barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya....
  8. barang siapa yang membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka, barang siapa yang menyukakan anak perempuan, seolah - olah dia memerdekakan anak nabi Ismail....
  9. tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(10000 tahun)...
  10. perempuan apabila sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana satu yang dikehendakinya...
  11. wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh...
  12. aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? jawab rasulullah s.a.w, "suaminya". "siapa pula yang berhak ke atas lelaki?". jawab rasulullah s.a.w..."ibunya"....
  13. apabila memanggil akan engkau kedua dua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu...

2 comments:

  1. i love my mum too...sedey..

    ReplyDelete
  2. syurga di bawah tapak kaki ibu....betapa besarnya hikmah di lahirkan sebagai perempuan...sayangi la ibu kita selagi dia masih bernyawa...

    ReplyDelete